mcmc
Maklumat Am

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN CEGAH RISIKO KLUSTER PEKERJA ASING

97143338 2626440434312479 3360520710337331200 n

Bagi mencegah kejadian kluster covid yang lebih besar di tapak binaan, majikan dan pemaju perlu mengambil langkah SEGERA.

– Pastikan setiap kediaman tidak padat penghuninya
– Pantau kebersihan kawasan tempat tinggal
– Pastikan tiada “orang luar” masuk dan menumpang di rumah pekerja
– Wujudkan rumah pengasingan untuk pekerja yang sakit dan bergejala
– Bawa untuk pemeriksaan awal jika pekerja jatuh sakit
– Lakukan pendidikan kesihatan pada mereka
– Saringan suhu dan gejala setiap hari
– Kemudahan tandas, tempat mandi dan pembuangan sisa pepejal yang sempurna.
.

Kegagalan pemaju untuk mengambil langkah pencegahan mungkin menyebabkan lebih banyak kerugian apabila pesakit dijangkiti dan tapak binaan perlu di tutup.