mcmc
Maklumat PiM

SEJARAH NADI BAGAN NAKHODA OMAR

Sejarah NADI Bagan Nakhoda Omar bermula dari idea mantan ahli Parlimen Sabak Bernam Y.Bhg Dato’ Haji Mohd Fasiah Haji Mohd Fakeh. Beliau menyarankan kepada TM dan MCMC untuk diwujudkan satu NADI di Kawasan Bagan Nakhoda Omar. Ini kerana NADI di kawasan mukim Sg Ayer Tawar hanya ada satu sahaja iaitu di Kampung Parit Baru. Jadi untuk penduduk  dikawasan sekitar Bagan Nakhoda Omar hingga ke Kampung di sekitar Sg Ayer Tawar terpaksa berjalan jauh sekitar 7 kilometer hingga ke 15 kilometer untuk ke NADI Kampung Parit Baru.

Kawasan Bagan Nakhoda Omar juga amat stratergik jika diwujudkan NADI ini kerana 80% penduduknya merupakan petani, pekebun kecil, usahawan kecil kampung dan nelayan. Ditambah Bagan Nakhoda Omar mempunyai bangsa cina bangsa kedua terbanyak di kampung ini. Jadi dengan kewujudan NADI menjadikan satu pusat perkembangan untuk usahawan pelabagai kaum terutamannya

Bangunan NADI Bagan Nakhoda Omar sendiri diberikan oleh Y.Bhg Dato’ Haji Mohd Fasiah Haji Mohd Fakeh. Bangunan NADI Bagan Nakhoda Omar bersebelahan dengan Pejabat Parlimen Sungai Air Tawar. Akhirnya tanggal 8 Oktober 2014, maka beroperasilah NADI Bagan Nakhoda Omar.