mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

Pertanian

          Kegiatan ekonomi di Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar lebih tertumpu dalam bidang pertanian dan nelayan kerana struktur tanahnya yang lebih sesuai dibuat sebagai tanah pertanian. Hampir 90% keluasan tanah di Kampung Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar telah digunakan untuk sektor pertanian. 

          Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk berkerja sendiri dan mengusahakan tanah pertanian masing-masing. Tanaman utama penduduk Kg Simpang 4, BNO ialah kelapa sawit , kelapa matag dan pisang. Terdapat beberapa pusat pengumpulan sawit di kawasan kampung ini. 

Salah satu Pusat Belian Sawit di Kawasan Simpang 4 BNO.