Perkhidmatan penghantaran makanan menerusi ehailing selamat dan berisiko rendah untuk mendapat dan menyebarkan jangkitan.
Ini kerana perkhidmatan ini;
Tidak berada rapat dengan pelanggan untuk tempoh masa yang lama
Berada di tempat yang terbuka
Transaksi pembayaran secara online
Komunikasi menggunakan telefon
.
Untuk pengendali perkhidmatan COD
– Jangan beroperasi sekiranya anda bergejala
– Pastikan anda memakai penutup muka
– Kerap basuh tangan- sebelum dan selepas menyentuh bekas makanan
– Jangan berdiri terlalu rapat dengan pelanggan
– Bersihkan dan disinfeksi bekas penyimpan makanan 2 kali sehari
– Selepas pulang, basuh pakaian dengan sabun dan terus mandi
Untuk pelanggan
– Elakkan berdiri rapat dengan pengendali COD (social distancing)
– Pilih kaedah pembayaran secara online
– Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh bekas makanan
– Masukkan makanan ke dalam bekas makanan anda yang bersih
.
Sekiranya tidak sihat dan bergejala, jangan beroperasi, rehat dan dapatkan pemeriksaan di fasiliti berhampiran
sumber: public health malaysia