mcmc
Maklumat PiM

PENUBUHAN NADI BAGAN NAKHODA OMAR

photo1662622037

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd dan MSD Digital Intelligence.

Objektif penubuhan NADI ini adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Selain itu, penubuhan NADI ini juga diwujudkan di seluruh Malaysia untuk mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Sebanyak 42 NADI untuk Fasa 5 (CBL Enhancement) yang telah diwujudkan di seluruh Malaysia. Salah satu di antaranya ialah NADI Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam (NADI BNO). NADI Bagan Nakhoda Omar telah mula beroperasi pada 08 Oktober 2014.

Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh pihak NADI untuk kemudahan komuniti setempat, antaranya ialah photostat , mencetak , mengimbas , upah menaip , laminate , binding dan juga latihan keushawanan, serta ICT secara percuma. PEDi juga menyediakan kelas E-tuisyen dan E-learning pada setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 

NADI Bagan Nakhoda Omar telah dibuka secara rasminya pada 08 Ogos 2014. Kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di NADI ini adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan yang lama.

Antara kelengkapan yang disediakan di NADI Bagan Nakhoda Omar adalah :

1) 7 penghawa dingin

2) 6 CCTV

3) 20 komputer 

4) Tandas

5) 1 set television beserta Astro

6) Sebuah bilik latihan

7) Sebuah smart board

8) Sebuah sofa

9) Meja dan kerusi untuk pengguna komputer riba

10) Set PA System

11) Pinjaman Tablet 

photo1662622037 2

photo1662622037 1