mcmc
Aktiviti SemasaGaleri FotoLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI | WEBINAR CYBERSECURITY : SELAMATKAH TELEFON ANDA DARIPADA ANCAMAN

Tarikh : 14 Ogos 2025
Masa : 3.00 Petang – 4.30 Petang
Tempat : NADI Bagan Nakhoda Omar
Kaedah Penyampaian : Atas Talian
Bilangan Peserta : 3 orang

Objektif Aktiviti

  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman keselamatan siber yang menyasarkan telefon pintar.
  • Mendidik pengguna cara mengenal pasti aplikasi atau mesej yang mencurigakan.
  • Menggalakkan penggunaan amalan keselamatan seperti pengesahan dua faktor, kemaskini perisian, dan kata laluan yang kukuh.

Program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta terhadap risiko keselamatan siber yang berkaitan dengan penggunaan telefon pintar. Peserta menunjukkan minat tinggi melalui sesi soal jawab yang aktif, dan maklum balas menunjukkan 95% peserta berhasrat mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang dipelajari.