


Tarikh : 26 Jun 2025 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang – 3.30 Petang
Tempat : NADI Bagan Nakhoda Omar
Kaedah Penyampaian : Secara atas talian
Bilangan Peserta : 7 orang
Objektif Aktiviti
- Memberi kefahaman mengenai hala tuju dan peluang dalam industri e-sukan di Malaysia.
- Mewujudkan kesedaran mengenai etika, disiplin dan keselamatan dalam permainan digital kompetitif.
- Membimbing peserta menyertai program pensijilan asas e-sukan secara rasmi melalui platform yang diiktiraf.
- Menanam nilai positif terhadap penggunaan teknologi dan masa secara bertanggungjawab.
Program ini memberi impak positif dalam mendidik generasi muda mengenai peluang dan tanggungjawab dalam dunia e-sukan. Ia juga menjadi platform penting untuk memulakan langkah awal ke arah penglibatan sah dalam industri e-sukan yang berkembang pesat. Penganjuran program seperti ini wajar diteruskan secara berkala.