mcmc
Aktiviti SemasaGaleri FotoLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI | E-SPORT: KEJOHANAN MLBB PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 7&8 Februari 2026
Masa : 9.00 pagi – 5.00 Petang
Tempat : NADI Bagan Nakhoda Omar
Kaedah Penyampaian : Secara atas talian
Bilangan Peserta : 5 orang

Objektif:

  • Mencungkil bakat baharu dalam arena e-sukan, khususnya permainan Mobile Legends.
  • Menyediakan platform kompetitif kepada belia untuk mempamerkan kemahiran mereka.
  • Mempromosi gaya hidup sihat melalui penglibatan dalam e-sukan secara sihat dan beretika.
  • Memperkukuh semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta.

Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Kebangsaan merupakan sebuah platform e-sukan berprestij yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik NADI dari seluruh negeri. Program ini bertujuan mencungkil bakat muda dalam bidang e-sukan, menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti digital yang sihat serta membina disiplin, kerjasama berpasukan dan daya saing yang positif.

Penyertaan pasukan NADI Bagan Nakhoda Omar sebagai wakil Negeri Selangor adalah hasil pemilihan melalui kejohanan peringkat negeri yang kompetitif. Kejayaan terpilih ke peringkat kebangsaan membuktikan keupayaan, komitmen dan prestasi cemerlang pasukan.