Pengusaha Bot
Chia Luang Ping atau lebih dikenali sebagai Zeff ping sudah memulakan peniagaan dari tahun 2010 sehingga 2018. Sejak zaman persekolahan lagi Zeff ping sudah mengikuti ayahnya kelaut sebagai nelayan menjadikan beliau mahir dan tahu selok belok pahit getir di laut. Gaji yang beliau terima dari majikan ayahnya telah dikumpul selain ayahnya menambah sedikit untuk membeli sebuah bot. bermula dengan bot fiber terpakai Zeff ping mula membawa pelanggan ke laut untuk memancing. Dan semakin hari bot beliau sudah di naik tariff menjadi besar dan berbumbung. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM, pendapatan bersih bulanan beliau hanya sekitar RM 1200 sahaja sebulan.
Namun, melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar, beliau kini telah dapat mempromosikan perkhidmatan membawa orang memancing di perairan Bagan Sungai Besar telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Kini pendapatan bulanan boleh mencecah RM 4000- RM 6000 sebulan bergantung pada musim. Musim tengkujuh akan berkurangan pendapatan. Menjadi lumrah sebagai seorang yang mencari pendapatan di laut.
FB |
https://www.facebook.com/zping.zeff |
|
013-6952836 |