mcmc
Keselamatan

KEDAI GUNTING RAMBUT MEMPUNYAI RISIKO SEBAGAI PUSAT PEREBAKAN JANGKITAN JIKA TIADA KAWALAN KETAT

Faktor risiko di kedai gunting rambut agak TINGGI kerana;

 Jarak rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut
 Tempoh masa yang lama > 15 minit
 Ruang kedai yang sempit dengan pengudaraan yang terhad
.

Untuk mencegah perebakan, langkah berikut perlu dilakukan dengan TEGAS dengan pemantauan rapat oleh pihak berkuasa.

1. Tukang gunting rambut

– Pastikan tidak mempunyai sebarang gejala demam, batuk selsema

– Menggunakan topeng muka

– Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
– Menjaga kebersihan dan sanitasi premis
– Dilarang vape dan merokok

2. Premis

– Perlu lakukan pembersihan harian / disinfeksi harian
– Mempunyai ruang pengudaraan yang baik
– Jaga jarak sosial- 1 meter
– Kawal kemasukan pelanggan
– Ruang menunggu di luar dengan jarak sosial > 1 meter antara 1 sama lain
– Rambut yang telah di gunting perlu dibersihkan
– Larangan vape dan rokok

3. Pelanggan


– Perlu disaring, pelanggan bergejala tidak dibenarkan masuk
– Menggunakan penutup muka (terutama jika bergejala)
– Membasuh tangan sebelum masuk dan duduk
– Menjaga jarak sosial, jangan berebut, jangan berhimpit
– Dilarang merokok dan vape

.

Semua masyarakat dan premis perlu beri kerjasama penuh.

Kita perlu mempersiapkan diri ke arah budaya kehidupan baru yang mengutamakan langkah langkah pencegahan seperti ini dalam semua aktiviti harian.

sumber:publichealthmalaysia

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

93097721 2433159230117966 4842852673105428480 n 1