





Tarikh : 26 April 2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 Petang
Tempat : NADI Bagan Nakhoda Omar
Kaedah Penyampaian : Secara atas talian
Bilangan Peserta : 6 orang
Objektif:
- Mencungkil bakat baharu dalam arena e-sukan, khususnya permainan Mobile Legends.
- Menyediakan platform kompetitif kepada belia untuk mempamerkan kemahiran mereka.
- Mempromosi gaya hidup sihat melalui penglibatan dalam e-sukan secara sihat dan beretika.
- Memperkukuh semangat setiakawan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta.
Pertandingan ini mencapai objektifnya dengan penyertaan NADI dari seluruh Selangor serta pengendalian yang teratur. Ia juga menunjukkan potensi besar e-sukan dalam pembangunan belia dan ekonomi digital negeri. Pihak penganjur mencadangkan agar pertandingan ini diteruskan secara tahunan dengan skala lebih besar dan penyertaan antara negeri.