



Tarikh : 10 Januari 2025
Masa : 11.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tempat : NADI Bagan Nakhoda Omar
Kaedah Penyampaian : Secara Atas Talian
Bilangan Peserta : 1 Orang
OBJEKTIF AKTIVITI
- Memberi pemahaman kepada warga kerja tentang kandungan dan implikasi Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan 2024).
- Menjelaskan perubahan utama dalam undang-undang berkaitan keselamatan siber, penyiaran, kandungan digital, dan penguatkuasaan.
- Meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab organisasi dan individu dalam pematuhan perundangan sedia ada.
Taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Unit Perundangan. Seterusnya, penceramah menerangkan latar belakang pindaan 2024 termasuk aspek penambahbaikan terhadap penyalahgunaan media digital, perlindungan data pengguna dan kawal selia platform media sosial dan diakhiri dengan sesi Q&A.